Friday, January 20, 2012

KANSER SERVIK DI MALAYSIA, GAMBARAN KESELURUHAN, FAKTOR, SIMPTOM, DIAGNOSIS DAN RAWATAN

PENGENALAN
Kanser pangkal rahim atau lebih dikenali sebagai kanser servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya dikalangan wanita di Malaysia. Barah ini paling biasa berlaku dikalangan wanita pada usia ‘reproductive’. Statistik terkini menunjukkan sekurang-kurangnya 1500 pesakit kanser pangkal rahim di Malaysia pada satu-satu masa atau empat hingga lima wanita (sehari) termasuk yang baru disahkan atau sedang menjalani rawatan. Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia juga menyatakan bahawa sebanyak 50 peratus pesakit kanser ini langsung tidak mempunyai peluang meneruskan kehidupan. Sekurang-kurangnya terdapat dua pesakit kanser servik meninggal dunia setiap hari(Utusan Online).
Lesi prekanser skuamus pada servik pula merujuk kepada perubahan-perubahan pada sel-sel skuamus yang terdapat pada bahagian servik wanita yang tidak normal. Terdapat beberapa istilah yang boleh dikaitkan dengan keadaan ini serta peringkat-peringkat perkembangannya. Keadaan yang tidak normal ini boleh menjurus kepada kanser servik yang lebih teruk jika tidak dapat dikesan pada awalnya dan dirawat dengan segera. Dengan adanya pengetahuan tentang bahayanya penyakit ini, kajian-kajian dilakukan merangkumi gambaran keseluruhan kanser servik, faktor terjadinya kanser ini, simptom-simptom, diagnosis serta rawatan untuk kanser servik. Kefahaman secara mendalam tentang kanser servik membolehkan kanser ini dielakkan atau setidak-tidaknya terdapat penurunan statistik pesakit kanser servik di Malaysia.
 
GAMBARAN KESELURUHAN LESI PREKANSER SKUAMUS SERVIK
Jika merujuk kepada perubahan atau gambaran keseluruhan, lesi prekanser skuamus pada servik dapat dikesan melalui perubahan-perubahan sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal dari segi morfologinya. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa.
Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser. Seseorang yang mungkin mempunyai tanda-tanda seperti;
  1. Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
  2. Rasa sakit semasa melakukan perhubungan seks.
  3. Perdarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.
  4. Sebarang perdarahan pada faraj selepas putus haid.
hendaklah berjumpa dengan doktor kerana mungkin mengalami gejala lesi prekanser skuamous pada bahagian servik malah mungkin mengalami gejala kanser servik. Pesakit juga mungkin mengalami;
  1. Pengurangan dalam selera makan
  2. Penurunan berat badan
  3. Mudah letih
  4. Sakit bahagian pinggul
  5. Keretakan tulang

Merujuk kepada perubahan-perubahan pada sel skuamus, terdapat beberapa istilah atau terma yang digunakan dalam menerangkan keadaan dan peringkat-peringkat lesi ini. Antaranya ialah;
  1. Atypia
  2. Dysplasia
  3. SIL(Squamous Intraepithelial Lession)
    • LSIL(Low Grade Squamous Intraepithelial Lession)
    • HSIL(High Grade Squamous Intraepithelial Lession)
  4. ASC(Atypical Squamous Cell)
    • ASC-US(Atypical Squamous Cell of Undetermines Significance)
    • ASC-H(Atypical Squamous Cell Cannot Exclude HSIL)
  5.  Squamous cell carcinoma
  6. Adenocarcinoma
 
ATYPIA
Atypia merupakan istilah klinikal yang merujuk kepada ketidaknormalan sel. Dalam istilah perubatan, atypia merujuk kepada sel yang atipikal. Keadaan menjurus kepada dua keadaan iaitu mungkin dan bukan mungkin indikasi prekanser yang berkaitan dengan malignan. Tahap kebimbangan yang sesuai adalah sangat bergantung kepada konteks yang didiagnosis. Atypia boleh disebabkan oleh jangkitan atau iritasi pada Pap smear . Perubahan pada sel ini mungkin menjadi bertambah teruk atau pulih seperti biasa. Jika keputusan Pap smear menunjukkan perubahan atipikal, wanita tersebut akan dinasihatkan untuk mengulangi ujian dalam masa enam bulan lagi untuk melihat perkembangan sel.
 
DYSPLASIA
Dysplasia merupakan istilah yang digunakan dalam patologi yang merujuk kepada perkembangan yang tidak normal. Dalam konteks prekanser skuamus, dysplasia merujuk kepada perkembangan sel skuamus yang tidak normal pada bahagian servik. Ini secara amnya terdiri daripada perkembangan sel-sel tidak matang dengan penurunan yang sama dalam bilangan dan lokasi sel-sel matang. Dysplasia sering menunjukkan keadaan awal proses neoplastik. Dysplasia biasanya digunakan apabila keabnormalan sel adalah terhad kepada tisu seperti dalam kes awal neoplasma in-situ.
Istilah ini juga dikenali sebagai SIL(Squamous Intraepithelial Lession) dan CIN(Cervical Intraepithelial Lession). Ianya dicirikan oleh empat perubahan patologi dan mikroskopik iaitu;
    1.  Anisocytosis(saiz sel yang tidak sama)
    2. Poikilocytosis(bentuk sel yang abnormal)
    3. Hyperchromatism
    4. Kehadiran gambaran mitotic(perubahan luarbiasa daripada sel yang membahagi)
 
SIL
Keadaan ini dicirikan dengan dengan malformasi atau ketidaknormalan pada perkembangan dari segi kematangan sitoplasma dan keabnormalan pada nukleus. Dalam kebanyakkan kes adalah rentetan daripada jangkitan Human Pappiloma Virus (HPV) yang tidak dirawat dan seterusnya membawa kepada perubahan abnormal sel yang merupakan prekursor kepada kanser invasif. Ini berlaku pada kawasan ektoservik iaitu kawasan Zon Transformasi (TZ). Umur pengesanan bermula pada umur 35 tahunsecara purata. Keabnormalan sel ini boleh berkembang dari mild ke severe dan seterusnya menjadi kanser invasif.
SIL Terbahagi kepada 2 peringkat iaitu :
    1. Low Grade squamous Intraepithelial Lesion (LSIL)-mild dysplasia, CIN 1, HPV
    2. High Grade Squamous Intraepithelial Lesion(HSIL)-moderate, severe dysplasia, CIS, CIN II, CIN III

SIL 2

CIRI-CIRI SIL (CIN, DYSPLASIA)
1.REGRESSION
  • Lesi boleh hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu, bulan, tahun.
  • Biasanya berlaku pada mild dysplasia, kadangkala moderate dysplasia.
  • keseluruhan bahagian tisu dysplastik dapat disingkirkan terus melalui prosedur kon biopsi.

2.PERSISTENCE
  • Keadaan dysplasia yang boleh berbalik kepada mild atau ke severe dalam suatu jangka masa yang tidak menentu.

3.PROGRESSION
  • Semua peringkat dysplasia yang tidak dirawat boleh berkembang kepada peringkat lesi yang lebih tinggi.

 
LSIL
LSIL menunjukkan displasia pangkal rahim yang mungkin dan biasanya indikasi kepada mild dysplasia(CIN 1). Keadaan ini mempunyai kemungkinan yang tinggi disebabkan oleh jangkitan HPV(Human Papilloma Virus) dan biasanya didiagnos mengikut Pap smear.
CIN 1 adalah bentuk benign yang paling biasa dalam CIN dan biasanya boleh menjadi normal dalam masa dua tahun. Oleh yang demikian, keputusan LSIL dapat diurus dengan mudah menggunakan falsafah ‘tunggu dan lihat’. Walaubagaimanapun, sesetengah doktor mungkin akan mengikuti keputusan secara agresif dengan melakukan kolposkopi dan biopsi kerana terdapat 12-16 peratus kemungkinan perkembangan CIN 1 kepada displasia yang lebih teruk.
 
Gambaran sitologi LSIL dengan jangkitan HPV

Kehadiran koilosit pada sitoplasma yang menunjukkan kehadiran HPV

Keadaan nukleus sedikit membesar dan kromatin smudging


SITOPLASMA
  • Matang (superfisial, intermediate)
  • Perinuklear halo besar (koilosit)
  • Padat di periferal

NUKLEUS
  • Saiz normal-intermediate, membesar dan piknotik
  • Kromatin smudging
  • Membran berkedut (raisinoid)


Gambaran sitologi LSIL
  •  Sel satu persatu atau dalam kepingan
  • Melibatkan sel-sel matang (superfisial, intermediate)


Sitoplasma yang jelas dan translucent

Pembesaran pada nukleus


SITOPLASMA
  • Jelas, translucent, sempadan nyata.

NUKLEUS
  • Membesar (4-6 kali nukleus intermediate)
  • hiperkromatik dengan kromatin bergranul halus-kasar
  • Membran nukleus licin dan tidak sekata
  • Nisbah nukleus : sitoplasma tinggi
  • Nukleoli jarang hadir dan tidak nyata


Keadaan yang menyerupai gambaran LSIL
  • Navicular cell
  • Reactive changes
  • Air drying
  • Degenerated cell
  • Kekurangan asid folik
  • Reparatif
  • Terdedah kepada radiasi
  • Keadaan atrophy

 
HSIL
HSIL menunjukkan neoplasia CIN yang sederhana atau teruk atau carcinoma in-situ. Ia biasanya didiagnosis melalui ujian Pap. Dalam sesetengah kes, lesi ini boleh membawa kepada kanser servik invasif jika tidak dirawat dengan sewajarnya. HSIL tidak semestinya bermakna kehadiran kanser.
Daripada semua wanita yang mempunyai keputusan HSIL, dua peratus atau kurang mempunyai kanser servik pada masa itu, bagaimanapun kira-kira dua puluh peratus akan ‘progress’ untuk mempunyai kanser servik invasif tanpa rawatan(Massad LS, 2001). Untuk melawan perkembangan ini, HSIL biasanya diikuti dengan kolposkopi segera dengan biopsi untuk sampel atau mengeluarkan tisu displastik. Tisu ini dihantar untuk menentukan klasifikasi histologi yang lebih muktamad daripada hasil Pap smear. HSIL sepadan dengan CIN 2 dan CIN 3 ataupun Karsinoma in-situ.
 
Gambaran sitologi HSIL :
  • Sel terdapat satu-persatu, kepingan ataupun fragmen syncytial dan melibatkan sel pada peringkat intermediate, metaplastik, parabasal(severe dysplasia) dan basal(CIS).





 BENTUK SEL
  • Bulat, bujur dan tidak sekata
  • Bagi jenis yang berkeratin, bentuk boleh memanjang, irregular dengan sitoplasma berkeratin.
  • Nisbah nukleus : sitoplasma adalah tinggi.
  • Kehadiran eksudat inflamatori dalam CIS

NUKLEUS
  • 3 kali lebih besar saiz nukleus intermediate. Pelbagai saiz dan bentuk.
  • Hiperkromatik dan kromatin kasar, granul kasar.
  • Membran irregular
  • Nukleoli mungkin hadir

SITOPLASMA
  • Tidak matang, sedikit nipis
  • Eosinofilik pada keratinizing dysplasia

Keadaan yang menyerupai HSIL :
  • Squamous metaplasia
  • Atropik parabasal
  • Histiosit
  • Sel endometrial/endometrial
  • Overstain
  • Reserve cell hyperplasia

 
ASC
ASC ialah Atypical Squamous Cell yang merujuk kepada sel-sel yang atipikal ndan terbahagi kepada dua iaitu;
I. Atypical Squamous cell of Undetermines Significance (ASC-US).
II. Atypical Squamous cell Cannot Exclude High Grade Squamous Intraepithelial lesion (ASC-H).

ASC-US
ASC-US ialah Perubahan sitologi seakan menyerupai skuamus intraepitelial lesion tetapi secara kuantitatif dan kualitatif tidak mencukupi untuk diinterpretasikan sebagai Squamous Intraepithelial Lesion(SIL). Keadaan ini merangkumi 90-95 peratus diagnosis Pap smear tetapi mempunyai 5-17 peratus kemungkinan untuk berkembang kepada HSIL.
Berikut ialah jenis-jenis perubahan yang menyebabkan diagnosis ASC-US;
  1. Perubahan yang disebabkan oleh HPV
  2. Atypical repair
  3. Atypical parakeratosis
  4. Atypical atrophy

 
Gambaran sitologi ASC-US
  • Sel-sel yang terlibat adalah sel superfisial dan sel intermediate


Jangkitan Candida Spp.

Nukleus
  • Bulat, margin licin
  • Sedikit beralun
  • Membesar dengan saiz 3 kali dari saiz normal
  • Hiperkromatik
  • Taburan kromatin tidak rata

Sitoplasma
  • Normal
  • Sedikit kabur
  • Tercelup orengeofilik
  • Nisbah nukleus kepada sitoplasma meningkat.

Keadaan yang seakan-akan ASC-US
  • Inflamasi
  • Terdedah kepada radiasi
  • Parakeratosis
  • Atropik
  • Sel intermediate yang mempunyai glikogen
  • Kekurangan asid folik dalam badan
  • Air-drying artifak.

 
ASC-H
ASC-H adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan perubahan sitologi yang lebih menjurus kepada HSIL tetapi tidak mencukupi untuk diinterpretasi sebagai HSIL. Ia merangkumi 5-10 peratus diagnosis Pap smear dengan kemungkinan 30-40 peratus akan berkembang kepada HSIL.
Dalam keadaan ini, pengendalian kes yang disarankan ialah ujian lanjut kolposkopi untuk melihat keadaan yang sedang berlaku dalam pangkal rahim wanita berkenaan.

Gambaran sitologi ASC-H
  • Menunjukkan kehadiran sel yang abnormal
  • Taburan sel boleh terdapat dalam satu-satu ataupun dalam kelompok yang padat serta dalam kumpulan.

 
Nukleus
  • Saiz 1½ - 2 kali saiz nukleus sel metaplastik atau 3 kali saiz nukleus sel intermediate
  • Hiperkromasia
  • Margin sedikit beralun
  • Variasi saiz dan bentuk serta terdapat kehadiran nukleoli.

Sitoplasma
  • Agak padat.
  • Nisbah nukleus kepada sitoplasma meningkat.

Keadaan yang seakan gambaran ASC-H
  • Reactive endoservical cells
  • Nuclear degeneration
  • Repairative
  • Atrophy
  • Degenerated endometrial cell
  • IUCD
  • Histiocytes
  • Pregnancy

Squamous cell carcinoma
Merupakan barah pangkal rahim yang sering berlaku. Ianya bermula dari dalam sel skuamus atau kulit seperti di pangkal rahim. Ianya timbul hasil pembahagian sel malignan daripada epitelium yang tidak terkawal yang menunjukkan ciri-ciri sitologi dengan kehadiran keratin, tonofilament bundles dan desmosomes.
Adenocarcinoma
Adenocarcinoma adalah kanser epitelium yang berasal daripada tisu glandular. Tisu epitelium termasuk tetapi tidak terhad kepada lapisan permukaan kulit, kalenjar dan tisu lain. Ianya juga merupakan jenis barah pangkal rahim yang jarang dan cenderung menyerupai sel glandular.
 
FAKTOR PENYEBAB
Lesi prekanser skuamus pada servik boleh terjadi jika sel-sel skuamus pada servik menjadi abnormal dan membahagi secara tidak terkawal dan membentuk satu jaringan yang menyebabkan tumor. Pertumbuhan tumor inilah pula yang kelak menjurus kepada kanser servik. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika kita mengetahui secara umumnya penyebab-penyebab kepada lesi prekanser ini.
Antara faktor-faktor yang menyebabkan perubahan kepada lesi prekanser skuamus pada servik ialah;
1. HPV(Human Papilloma Virus)
  • HPV adalah virus penyebab kutil genital yang ditularkan melalui hubungan seksual. Varian yang sangat berbahaya adalah HPV jenis 16, 18, 45 dan 56. Jangkitan   Human Papilloma Virus (HPV) yang merupakan faktor risiko utama mendapat barah pangkal rahim. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat(disebabkan oleh virus HPV) di penis.
2. Merokok
  • Wanita yang merokok mempunyai peluang dua kali ganda lebih berkemungkinan untuk mendapat kanser pangkal rahim berbanding orang-orang yang tidak merokok. Rokok mengandungi banyak bahan kimia yang menyebabkan kanser dalam paru-paru. Bahan berbahaya ini juga boleh dibawah ke dalam organ lain melalui peredaran darah.
    Produk tembakau telah dijumpai dalam mukus pangkal rahim wanita yang merokok.
3. Usia yang muda pada masa kehamilan jangka penuh pertama
  • Wanita yang lebih mudah daripada 17 tahun apabila mereka mempunyai kehamilan penuh pertama mempunyai kemungkinan dua kali ganda mendapatkan kanser servik berbanding wanita yang menunggu sehingga mereka berumur 25 tahun atau lebih.
4. Gangguan sistem imuniti
  • HIV (human immunodeficiency virus) adalah virus yang
    menyebabkan AIDS - tidak adalah sama seperti HPV. Ia juga boleh menjadi faktor risiko untuk kanser serviks. Setelah HIV seolah-olah untuk membuat sistem imun wanita yang kurang mampu untuk melawan kedua-duanya HPV dan kanser awal. Satu lagi kumpulan wanita pada risiko kanser serviks adalah wanita mendapatkan ubat untuk menyekat tindak balas imun mereka. Ini termasuk orang-orang dirawat penyakit autoimun atau orang-orang yang mempunyai pemindahan organ.
5. Jangkitan Chlamydia
  • Merupakan sejenis bakteria yang boleh menjangkiti organ seks wanita. Ia merebak semasa melakukan seks. Seorang wanita mungkin tidak tahu bahawa dia telah dijangkiti sehingga diuji. Beberapa kajian menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai jangkitan yang lepas atau semasa mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk kanser pangkal rahim. Jangkitan jangka panjang boleh menyebabkan masalah yang serius yang lain juga.
6. Diet
  • Pengambilan makanan juga boleh memainkan peranan. Diet rendah dalam buah-buahan dan sayur-sayuran boleh meningkatkan risiko kanser pangkal rahim. Selain itu, wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan mempunyai peluang tinggi mendapatkan kanser pangkal rahim.
7. Pil perancang
  • Jangka panjang penggunaan pil pencegah kehamilan meningkatkan risiko kanser ini. Penyelidikan menunjukkan bahawa risiko kanser pangkal rahim meningkat ketika seorang wanita mengambil pil tetapi risiko kembali menurun selepas dia berhenti. Anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang kebaikan dan keburukan pil pencegah kehamilan dalam kes anda.
8. Taraf sosial
9. Wanita miskin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk kanser pangkal rahim. Ini boleh jadi kerana mereka tidak mampu memiliki penjagaan kesihatan yang baik, seperti ujian Pap yang tetap.
10. Genetik/sejarah keluarga
  • Barah pangkal rahim boleh terjadi di sesetengah keluarga. Jika ibu atau kakak anda mempunyai barah pangkal rahim, peluang anda mendapat penyakit ini adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi . Ini mungkin kerana wanita-wanita ini kurang mampu untuk melawan HPV berbanding wanita lain.
 
SIMPTOM
Dalam mengenalpasti sama ada seseorang dijangkiti oleh lesi prekanser skuamus pada servik, simptom-simptom klinikal atau asas hendaklah diketahui. Antara simptom yang menjurus kepada keadaan ini ialah;
1. Pendarahan yang tidak normal
  • Perempuan yang dijangkiti kanser serviks mungkin mengalami pendarahan vagina yang tidak normal. Ia boleh terjadi dalam kuantiti yang sedikit atau banyak. Pendarahan ini bukanlah kitaran haid biasa. Ia juga boleh berlaku secara berpanjangan.
2. Keluar cairan yang banyak dan tidak normal
  • Pertambahan pengeluaran discaj yang berbau, cair, banyak, tebal atau yang mengandungi mucus atau berdarah. Ianya berbeza bagi setiap perempuan. Sebarang ketidaknormalan discaj perlu dirujuk kepada doktor.
3. Sakit pada tulang pelvik
  • Sakit yang tidak ada kaitan dengan kitaran haid. Ramai wanita yang mengalaminya sama ada sedikit atau sakit yang tajam yang boleh berlanjutan beberapa jam.
4. Sakit ketika pembuangan air kecil
  • Selalunya ia terjadi apabila kanser sudah mula merebak ke pundi kencing.
5. Pendarahan antara kitaran haid yang normal, selepas perhubungan seks, ‘douching’ atau selepas ujian pelvik.
  • Terjadi kerana adanya jangkitan pada serviks semasa aktiviti ini dilakukan..
6. Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
7. Juga berlaku pendarahan dari vagina selepas putus haid
 
DIAGNOSIS
Diagnosis dilakukan berdasarkan gejala dan simptom-simptom yang dilaporkan oleh pesakit. Beberapa ujian rutin mungkin disyorkan seperti;
1. Ujian Pap
  • Dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang luar biasa dalam pangkal rahim sebelum barah terbentuk. Contoh sel dari permukaan pangkal rahim dihantar untuk analisa patologi di bawah mikroskop. Keputusan selalunya boleh diperolehi dalam masa seminggu selepas ujian. Doktor akan memasukkan sejenis alat iaitu spekulum ke dalam faraj di mana ia membuka ruang faraj bagi membolehkan pangkal rahim dilihat. Doktor akan menggunakan alat seperti spatula untuk mengambil sel dari pangkal rahim. Wanita disarankan menjalani ujian pap sekali setiap dua tahun.
2. Colposcopy
  • Doktor mungkin melakukan prosedur colposcopy untuk memeriksa kawasan pangkal rahim yang luar biasa. Alat khas yang dipanggil colposcopy (alat membesarkan imej sel pangkal rahim dan faraj, sama seperti mikroskop) digunakan. Ia memberikan cahaya serta pembesaran imej tisu faraj dan pangkal rahim. Colposcopy adalah selamat digunakan pada wanita yang hamil. Walau bagaimanapun pesakit perlu memberitahu doktor jika dia berkemungkinan hamil.
3. Cytoscopy
  • Pesakit diberi ubat pelali/ bius sebelum prosedur dilakukan. Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan samada barah telah merebak ke organ lain dalam abdomen.
4. Compute Tomography Scan
  • Imbasan CT membentuk gambar tiga dimensi dalam badan dengan menggunakan sinar-X untuk mengesan kanser dan perebakan jika ada.
5. Magnetic Resonance Imaging
  • Ujian ini sama dengan imbasan CT tetapi ia menggunakan kuasa magnet bukannya sinar-X untuk membentuk imej bersiri yang jelas dan lengkap untuk mengesan kanser dan perebakannya secara terperinci.
 
RAWATAN
Pilihan-pilihan rawatan bagi kanser pangkal rahim kebanyakannya bergantung pada peringkat kanser. Selepas kanser anda kesan, doktor akan memberitahu anda apa pilihan anda. Faktor-faktor lain daripada peringkat kanser yang mungkin mempunyai kesan ke atas keputusan rawatan anda termasuk umur, kesihatan secara keseluruhan, dan pilihan sendiri.
Terdapat tiga jenis utama rawatan untuk kanser pangkal rahim iaitu pembedahan, radiasi, dan kemoterapi (sering dipanggil hanya "kimo"). Namun begitu, pendekatan yang terbaik untuk perawatan adalah dengan menggunakan dua atau lebih daripada kaedah ini. Matlamat utama perawatan berkenaan adalah untuk menghapuskan atau memusnahkan sebanyak sel kanser yang mungkin dan mengelaknya daripada tumbuh atau merebak selama yang mungkin. Disamping itu, rawatan ini juga berupakan paliatif bertujuan untuk melegakan gejala.
Jika rawatan lanjut diperlukan, doktor akan memberikan pilihan kepada pesakit untuk rawatan lanjutan seperti;
1. Pembedahan/biopsi
  • Pembedahan
    • Terdapat beberapa jenis pembedahan bagi kanser pangkal rahim. Beberapa melibatkan mengambil rahim (dipanggil histerektomi), yang lain tidak. Senarai ini meliputi jenis yang paling biasa pembedahan untuk kanser serviks.
  • Cryosurgery
    • Alat kuar logam yang disejukan dengan cecair nitrogen dimasukkan ke dalam faraj dan pangkal rahim. ini membunuh sel-sel abnormal dengan membekukan mereka. Cryosurgery digunakan untuk merawat pra-kanser serviks (peringkat 0), tetapi ia tidak digunakan untuk kanser invasif.
  • Laser surgery
    • Pancaran laser digunakan untuk membakar sel atau mengeluarkan secebis kecil tisu untuk kajian. Laser pembedahan hanya digunakan sebagai rawatan pra-kanser serviks (peringkat 0). Ia tidak digunakan kanser invasif.
2. Terapi biologi
3. Radioterapi
  • Terapi sinaran adalah rawatan dengan sinar bertenaga tinggi (seperti x-ray) untuk membunuh sel-sel kanser atau mengecutkan tumor. Sinaran boleh datang dari luar badan (radiasi luaran) atau daripada bahan-bahan radioaktif yang diletakkan secara langsung dalam tumor (dalaman atau sinaran implan). Untuk kanser pangkal rahim, jenis radiasi yang luar sering diberikan bersama-sama dengan dos rendah kimo. Untuk rawatan radiasi dalaman, bahan radioaktif dimasukkan ke dalam silinder dalam faraj. Kadang-kadang bahan radioaktif boleh diletakkan di dalam jarum nipis yang diletakkan ke dalam tumor. Rawatan implan dos rendah selesai dalam hanya beberapa hari. Kadar dos rawatan dilakukan sebagai pesakit luar beberapa sepanjang rawatan. Untuk setiap rawatan, bahan radioaktif dimasukkan ke dalam beberapa minit dan kemudian dibawa keluar. Sinaran boleh digunakan selepas pembedahan untuk kanser serviks peringkat awal. Ia juga rawatan utama untuk kanser peringkat (peringkat II dan lebih tinggi). walaupun ia adalah rawatan yang utama, ia adalah sering diberikan dengan dos kemoterapi yang rendah untuk membantu ia berfungsi lebih baik.
4. Kemoterapi
  • Kemoterapi adalah penggunaan dadah untuk membunuh sel kanser. Biasanya dadah yang diberikan ke dalam vena atau melalui mulut. Apabila dadah memasuki saluran darah, mereka tersebar seluruh badan. Kadang-kadang beberapa ubat diberikan pada satu-satu masa.
  • Kimo boleh menyebabkan kesan sampingan. Kesan-kesan sampingan akan bergantung kepada jenis ubat yang diberikan, jumlah yang diambil, dan berapa lama rawatan berlangsung. Kesan sampingan yang mungkin termasuk berikut:
    • sakit perut (loya) dan muntah-muntah
    • Hilang selera makan
    • keguguran rambut jangka pendek
    • Mulut luka
    • Peningkatan peluang jangkitan (dari kekurangan sel darah putih)
    • Pendarahan atau lebam selepas luka atau kecederaan kecil (dari kekurangan platelet darah)
      • Sesak nafas (dari kiraan sel darah merah yang rendah
      • Letih
    • perubahan awal kehidupan (menopaus)
    • Hilang keupayaan untuk hamil (kemandulan)
Kebanyakan kesan sampingan (kecuali bagi menopaus dan kemandulan) berhenti apabila rawatan siap. Jika anda mempunyai masalah dengan kesan-kesan sampingan, bercakap dengan doktor atau jururawat anda, kerana terdapat cara untuk membantu. Sebagai contoh, ubat yang diberikan dengan kimo boleh mengurangkan atau mencegah loya dan muntah-muntah. Memberi kimo pada masa yang sama sebagai radiasi boleh meningkatkan pandangan pesakit, tetapi ia boleh membuat kesan-kesan sampingan yang teruk. Pasukan penjagaan kesihatan anda akan mengesan kesan-kesan sampingan dan boleh memberi anda ubat-ubatan untuk membantu anda berasa lebih baik.
 
KESIMPULAN
Setelah mengetahui serba sedikit mengenai lesi prekanser skuamus pada servik wanita, kita seharusnya berasa lebih bertuah kerana masih belum terlambat untuk mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengelak perkara yang buruk berlaku seperti kanser pangkal rahim ini.
Amalkan pemakanan yang sihat dan amalkan gaya hidup sihat berteraskan agama bagi mengelak hubungan sosial yang tidak sihat. Lakukan pemeriksaan Pap smear bagi mereka yang berisiko dan kurangkan amalan merokok. Dapatkan suntikan pelalian HPV dimana-mana klinik kesihatan atau di klinik-klinik swasta. Ambillah peluang emas untuk memberikan kepada anak-anak perempuan anda untuk mendapatkan suntikan pelalian percuma daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga dengan pengetahuan ini, statistik penghidap kanser pembunuh kedua negara ini dapat dikurangkan. Dengan itu, negara ini akan lebih maju tanpa kes kanser.
Lampiran
Normal squamous cells


Dysplastic cells


LSIL with HPV


HSIL


ASC-US


ASC-H




  



RUJUKAN


  • Massad LS, Collins YC, Meyer PM. Biopsy correlates of abnormal cervical cytology. classified using the Bethesda system Gynecologic Oncology. 2001 Sep;82(3):516-22
  • Noel Weidner (editor),Richard Cote, Saul Suster, Lawrence Weiss (2003). Modern Surgical Pathology. London: W.B. Saunders
  • Subramaniam J, Govindan R (February 2007). “Lung cancer in never smokers: a review”. Journal of Clinical Oncology 25 (5): 561–70.
  • Wright TC Jr, Massad LS, Dunton CJ, Spitzer M, Wilkinson EJ, Solomon D. 2006 consensus guidelines for the management of women with abnormal cervical cancer screening tests. American Journal of Obstetric Gynecology
  • http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2010&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Feminin&pg=fe_01.htm [dimuat turun pada 18 September 2011]

Personal Disclaimer
Artikel ini adalah Assignment MPST 3112 yang telah di’edit’ dan diterbitkan semula ke dalam blog persendirian ini. Segala maklumat adalah melalui rujukan penulis dan hendaklah dianggap sebagai rujukan tanpa asas yang kukuh. Dalam erti kata lain, penulis menganggap bahawa artikel ini hanya untuk rujukan umum dan bukan untuk rujukan ilmiah. Semua hak cipta yang berkenaan adalah atas nama mereka yang tercatat di dalam RUJUKAN melainkan yang tidak berkenaan..





0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites